Friday 29 June 2012


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, sudah 4 hari ana masuk wad. Dengan izin ALLAH ana tidak sakit ape2 melainkan diberi kekuatan untuk terus berjuang meniti hari-hari yang berlalu... sepanjang tempoh itu ana amat bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan. Dulu dan sekarang. Syukur kepada yang Maha Berkuasa.

Tugas sebagai seorang jururawat mungkin agak memenatkan lebih-lebih lagi ini adalah minggu pertama ana ditempatkan di male medical ward. Hari pertama terasa kepenatannya menyengat sampai sakit belakang, tapak kaki, lenguh badan dan mengantuk. Bukan ana sorang tapi teman2 lain juga alami benda yang sama. Xheranla kalau camtu. Tu baru nikmat.=)

Seminggu berlalu, masih ada 5 minggu menanti. Ermm… lama jugak posting kali ni. 3minggu pertama ana akan berada di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dan 3 minggu seterusnya di Hospital Serian. Semoga ana dipanjangkan umur untuk terus timba pengalaman ni. Dan yang paling penting semoga kita dipanjangkan umur untuk sampai ke Ramadhan tahun ni. Aminn…

Shift malam agak berbeza dengan shift pagi. 2 waktu solat, asar dan maghrib amat perlu dijaga. Kadang-kadang ana terleka dengan procedures yang perlu dibuat hingga terlewat menunaikan solat. Mujurlah kawan2 saling mengingatkan.

Kadang-kadang sedih bila teringatkan patients di wad tu. Yang paling menyetuh hati ana, seorang pesakit lelaki mengalami demam panas yang agak teruk dan keadaannya sekarang lumpuh. Tidak mampu bergerak. Dari seorang askar yang gagah, takdir ALLAH menguji keimanannya. Ana sebak melihat maknya yang sanggup datang dari semenanjung, kasih seorang ibu digagahkan kudratnya demi anaknya. Tiap2 hari sanggup bermalam disisi anaknya. Semoga usapan dari tangan seorang ibu mampu memberi kekuatan buat anaknya kembali bangkit dan sembuh. InsyaALLAH.


Saturday 16 June 2012

Qiam di court



BREAKING DAWN

Breaking dawn.breaking don.breaking dong. Ikutlah nak sebut camane pun. Tapi Alhamdulillah, akhirnya menjadi jgak plan nk qiam kat court bola tampar.

Indahnya merasai kedinginan embun pagi bersama teman seperjuangan yang bersama-sama menyokong jalan menuju kebaikan. Alhamdulillah, ALLAH masih gerakkan hati-hati ini untuk terus berusaha membuat kebaikan kepada diri sendiri mahupun sahabat terdekat.

mungkin hati ini terasa sedih bila keadaan tidak lagi mengizinkan diri untuk terus mengasah bakat dalam permainan yang paling diminati sangat2. Bola tampar.

dulu time asasi, waktu petang selalu je main ngan kawan2. sekarang pun still main tapi hanya pada masa2 tertentu. waktu petang adalah waktu yang kritikal. mungkin disebabkan court hanya ada satu, jadi percampuran lelaki dan perempuan dalam permainan tidak dapat dielakkan.

Allah masih gerakkan hati ini untuk memilih mana yang lebih baik untuk diri ana dan sahabat2 yang faham tentang batas2 yang perlu dijaga. Rasenya waktu pagi adalah waktu sesuai untuk main bersama-sama muslimah je.

walaupun berat makin menaik, tapi xsemestinya dengan bermain bola tampar je kita dapat turunkan berat badan kan...=)

banyak lagi aktiviti sesuai. jogging. berenang. jalan-jalan pgi satok...=)

Bila kawan ajak nak qiam kat court bola tampar, rase teruja sgt2. Sebenarnya, macam-macam boleh buat kat court tu, bukan just main bola aje...

Alhamdulillah... teruskan perjuangan sahabatku! 


Assalamualaikum...

Seringkali je kita dengar terutama bagi golongan hawa yang belum berkahwin, bila masak masin aje, orang kata

“dah tak lama lagi nak kahwin la ni…”

Kembang hidung, sampai berbunga-bunga hati ni bila kawan cakap macam tu.
Tambah-tambah lagi dah ada calon ni. Tunggu masa aje…

Tapi sebenarnya baru first time masak. Kan? Tak tahu lagi nak agak berapa banyak nak letak garam gula kicap sos dll.

Dan itu maknanya masih banyak lagi persediaan yang perlu kita lakukan sebelum melangkah ke ‘dunia baru’.
Bak kata murabbiyah ana,

“antunna kena hafal juz amma (juz 30) sampai habis , hafal 40 hadis sohih, time cuti tunjukkan kat mak ayah yang antunna betul2 bersedia nak kahwin. Tiap-tiap hari masak untuk keluarga, kemas rumah, dan buatlah kerja yang selalu mak antunna buat tiap- tiap hari kat rumah…”

Oh…(berdehem 4 5 kali)

Sebenarnya kadang-kadang kita tak tahu nak bezakan antara cinta sejati dan nafsu. Mungkin apa yang kita impikan selama ini hanyalah kehendak nafsu semata-mata.

Sekadar mengukur tahap keimanan dengan hanya berkata-kata @ dengan lisan xkan dapat mengukuhkan hujah-hujah yang bakal dibentangkan pada suatu masa nanti. Bila diri tidak dapat mengamalkan tuntutan agama yang sepatutnya, diri sendiri yang akan tahu kemampuannya.  Mana mungkin umur dapat menentukan tahap kematangan kita melainkan pengalaman yang boleh membezakan kita dengan mereka yang dah ‘makan garam lebih’.

Musuh yang paling kita geruni berada sangat dekat dengan kita.
Apa yang kita akan buat?

“ bunuh musuh tu!”

“ dakwahla dia, kau kan pendakwah…”

“ lari je la, xkan nak biarkan musuh tu pengaruhi kau!”

Reflek kepada diri kita, apa yang akan kita buat sebenarnya?
Hakikatnya , kita xkan mampu melawan musuh itu berseorangan. Perlukan sokongan xkira dari dalam @ luar. Musuh yang kita geruni itu adalah nafsu kita. Boleh ke lawan nafsu?

insyaALLAH boleh jika kita betul2 menanamkan keimanan yang tinggi pada ALLAH subhanahu wata’ala.
Tak semuanya nafsu itu jahat. Mengikut sesetengah pendapat, ada beberapa peringkat nafsu:

Nafsu mutmainnah

Jiwa yang tenang. Dan ia merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada ALLAH. Jiwa inilah yang perlu menjadi impian bagi setiap manusia.

Wahai jiwa yang tenang (nafsu muta’innah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyuargaKu. (Al-Fajr: 27-30).

Nafsu lawwamah

Peringkat nafsu ini banyak menegur dan mengkritik diri sendiri apabila kita terlanjur membuat kemungkaran kepada ALLAH. Jiwa lawwamah ini banyak membina diri tetapi perlu hati-hati. Walaupun nafsu ini nampak baik, tapi perlu ingat yang ia juga ada tahapnya.
Buat jahat sekali, rasa bersalah. Kali ke 2, rasa serba salah. Bila kali ke 3 mungkin dah rasa biasa. Dan buat banyak-banyak kali, jiwa lawwamah makin hilang. Dah tiada siapa yang mampu menegur diri kita lagi.

Nafsu amarah

Awas dengan nafsu ini! Peringkat nafsu inilah yang paling digeruni. Orang yang berada ditahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya sendiri. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.

Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(yusuf:53).

Wednesday 13 June 2012


sabda Rasulullah SAW,

"setiap anak dilahirkan dalam
keadaan suci bersih,
maka kedua ibu bapalah
yang akan menyebabkan
anak ini menjadi
Yahudi, Nasrani dan Majusi

Saturday 9 June 2012

Nak ker?






Korang dah sedia untuk mencari cinta jika…

-    Niat korang memang nak kahwin dengan ‘sidia’ demi menjaga agama dan akhlak yg baik.
Nak jumpa mak/pak mertua kena la jaga kelakuan, jaga tutur kata bagi dorang terpikat ngan korang. Pikat hati mak ayah dulu sebelum pikat hati anak. Yang penting restu ibubapa tu boleh beri keberkatan dalam perkahwinan nanti sampai akhir hayat.  

“ kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri, sebelum mencintai ALLAH.”

-    Korang dah ada kekuatan dan ketahanan diri untuk LAWAN perkara-perkara haram
cam ‘dating’, nak pegang2 tangan, atau benda- benda yang boleh membawa kepada ‘muqaddimah’ ZINA. Xelokkan benda tu. Lebih baik elakkan.

InsyaALLAH nak mencari yang soleh/solehah kena la jadi soleh/solehah dulu.

-    Dah ‘lepas’ ilmu fardhu Ain dan baik dalam melaksanakan fardhu kifayah.
Seelok-eloknya korang dah ada kerja yang boleh menampung keluarga baru nanti.

-    Korang istiqamah menjaga waktu solat wajib, puasa di bulan Ramadhan, sentiasa praktikkan sunnah Rarulullah dan banyak lagi lah.  

Hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta ALLAH.

perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik” (an-Nur 24:26)

Thursday 7 June 2012

mood EXAM
datang lagi...
macam2 emosi mai
rase tetekan la
penat la
MALAS
nak baring je
zzZZzzz...

teringat kata2 semangat sorang kawan ni
" jangan cepat mengalah,
bukan bermakna usahamu sia-sia
tapi mungkin kemenangan lewat tiba..."

so, goodluck buat smua yg nak exam ye
jgn risau,
sebanyak mana usaha yg dilakukan
hadir bersama tawakkal kepadaNya
pasti xkan mengecewakan dirimu.
insyaAllah. =)





=)









my feveret =) 


just nak kongsi,
inilah ayat al-Quran 
 yang paling ana suka.
act, time tu, usrah bersama kak murabbiyah
yang sangat baik  dan 
kawan2 seperjuangan.
malam tu, kami disuruh untuk pilih satu ayat al-Quran 
yang paling kami suka.
tengah cari2 tu, terjumpa ayat ni. 
ermm... sesuai jgak.=)

surah an-Naba': 8







assalamualaikum...

"cinta yang melewati batas pesona
cinta yang menguasai akal dan
menghanyutkan pemiliknya 
pasti akan mengundang cela..."

pernah dengar kisah nabi Daud?

Cintanya ditegur Allah.

Nabi Daud telah memiliki beberapa orang isteri tetapi ditakdirkan
beliau jatuh cinta pada seorang gadis tunangan orang. Namanya Sabigh binti Sya'igh. 
Ketika itu, tunang Sabigh,seorang tentera sedang bertugas di satu daerah 
di negeri tersebut. 

Suatu hari, datang 2 orang pemuda menemui Nabi Daud.

" Maaf, kami tetap mahu menemuimu walau dihalang oleh para penjaga pintu istana.
kami ingin mendapatkan bantuanmu untuk selesaikan masalah kami."

"apa masalah kamu berdua" tanya nabi daud

"saudaraku ini memiliki banyak kambing sedang aku hanya memiliki seekor kambing saja.
tetapi saudaraku ini mahu memiliki kambingku yang seekor itu," jwb pemuda pertama

"benarkah begitu?" Nabi Daud kelihatan agak marah dan berkata kpd pemuda kedua

"tidakkah kamu malu? kau sudah memiliki banyak kambing. mengapa masih mahu
memiliki kambing saudaramu sendiri?"

tiba-tiba kedua-dua pemuda itu tersenyum.

"wahai Daud, sesungguhnya engkau juga perlu malu. kau sudah memiliki ramai isteri tetapi masih mahu memperisterikan tunang salah seorang anggota tenteramu yang sedang berjuang di jalan ALLAH."

Nabi Daud terdiam.

kini, beliau tahu yang dua orang pemuda itu adalah malaikat yang dijelmakan ALLAH 
dalam bentuk manusia.
Nabi Daud terus sujud dan bertaubat kepada ALLAH.
beliau sedar kesilapannya. setiap hari beliau bermunajat memohon ampun.

Ditakdirkan ALLAH.
Tunang Sabigh syahid dalam pertempuran .
lalu ALLAH menggerakkan hati Nabi Daud bagi meminang Sabigh. 
walau cintanya diuji, namun ALLAH tetap menunaikan impian Nabi Daud.













Wednesday 6 June 2012


Doa Dhuha
"Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"