Saturday 7 July 2012

tanda ALLAH cintaimu


Kursus Pra-perkahwinan


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dah siap design untuk kursus pra-perkahwinan yang bakal di jalankan di Fakulti Perubatan UNIMAS tidak lama lagi. Syukran kepada sahabat ana yang telah mengerah keringat mencipta design button badge ni yang sangat cantik warnanya, semerah hati, sesuai bagi mereka yang bakal melangkah ke jinjang pelamin nanti. InsyaAllah.

Kursus ini khas untuk senior-senior di fakulti perubatan yang bakal menghabiskan tahun pengajian mereka dan sudah bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Junior tunggu dulu, bagi peluang kat akak2 dan abang2 dulu ye.=)

objektif kursus ini adalah:

  • Mendedahkan para penuntut Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS tentang  dunia  perkahwinan agar lebih memahami tuntutan syariat dan pergaulan yang dibenarkan dalam Islam.
  • Memberi pendedahan dan kefahaman tentang persediaan kehidupan berumahtangga dan cara menguruskannya serta panduan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah keluarga.
  • Melahirkan pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS yang lebih berpengetahuan dan bersedia untuk mengikuti tuntutan sebenar agama terutama daripada segi batas pergaulan sebelum berkahwin.
  • Untuk memberi penekanan bahawa agama Islam adalah agama yang mementingkan kesucian dalam semua hal dengan menetapkan hukum-hukum dalam pergaulan.
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar bukan Islam tentang pentingnya setiap orang beragama Islam mengikuti kursus pra-perkahwinan sebelum menuju ke alam perkahwinan sebagai persediaan dan memelihara hubungan yang suci.
  • Kursus ini juga dapat menyatukan pelbagai kaum dan agama dalam menambahkan ilmu pengetahuan tentang indahnya agama Islam yang menggalakan dan memelihara hubungan sebelum perkahwinan dan memelihara zuriat pada masa akan datang.



Ana harap semoga semuanya berjalan dengan lancar. Memandangkan ini adalah kursus kahwin yang pertama diadakan di fakulti ini, diharapkan semuanya dipermudahkan segala urusan dan mendapat keredhaan ALLAH. aminn...


surat untuk sahabat



Assalamualaikum w.b.t,

Surat ini kutitipkan khas buat sahabatku yang kusayangi kerana Allah, kerana kamu adalah saudara seislamku, seagamaku yang dianugerahkan Allah dalam hidupku.
Detik ini, aku hanyalah seorang manusia biasa, yang lemah, yang tidak mempunyai kekuatan yang teguh..kekuatan untuk menegur dirimu sekali gus mengingatkan diriku..
Aku..
Aku tak layak..
Namun..
Menjadi tanggungjawabku atas amanah Allah, membawa dirimu ke jalan yang benar, iaitu jalan yang diredhai Allah. Meskipun aku bukanlah insan yang cukup baik, yang serba kekurangan, yang ada cacat celanya di mata Allah, kugagahkan jua diriku untuk mengarang surat ini buatmu , sahabat yang kusayangi, jua sebagai peringatan untuk diriku terlebih dahulu..
Kerana..
Aku tak sanggup lagi menzalimi diriku dan dirimu..
Lebih-lebih lagi di hari pengadilan yakni kiamat nanti..

Sahabatku yang disayangi,
Sering kali kita lupa,
Sering kali kita ambil mudah tentang aurat sesama kita, sebagai wanita muslim
Sahabatku,
Kita hanya merasakan perlu untuk menjaga aurat di hadapan dan pada pandangan kaum Adam dan non-muslim sahaja, sedangkan..kita lupa..lupa sesuatu yang penting, iaitu
Aurat..aurat antara kita, sesama wanita islam..

Sahabatku,
Ingin kubicarakan di sini dari lubuk hatiku sendiri, bahkan ini merupakan teguran dari Allah buat diriku dan dirimu, kerana Dia, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sahabatku yang dicintai kerana Allah,
Aurat wanita sesama muslim adalah dari paras pusat hinggga ke paras lutut..ia perlu dijaga daripada pandangan sesama kita..haram..haram sahabatku apabila kita mendedahkan walaupun kita sesama perempuan..

Sahabatku,
Selama ini kita telah menzalimi diri masing-masing tanpa menyedarinya, melalui pemakaian kita, contoh terdekat yang kita dapat lihat ialah ketika berada di dalam rumah ataupun bilik, seluar pendek..yang menampakkan peha yang sepatutnya dilindungi..yang menjadi aurat antara kita
Pernahkah kita terfikir?
Akan zalimnya kita terhadap mata kurniaan Allah ini, memandang kepada yang tidak halal, yang Allah larang, juga zalim terhadap hati kecil ini, menambahkan lagi titik-titik hitam buatnya dek aurat yang tak terjaga itu..

Alangkah terseksanya mata kita..hati kita..peha kita..kerana mereka juga islam seperti kita,
Kita..menzalimi mereka iaitu anggota badan kita sendiri
Ya Allah, berdosanya kita terhadap mereka dan orang-orang sekeliling yang turut memandang,
Tak malukah kita? kepada manusia? Bahkan sepatutnya kepada Allah?


Sahabatku,
Maafkan diriku , kuutarakan hal ini kerana kasihku buat seorang sahabat kerana Allah,
Kerana aku takut..takut kepada Allah..apabila anggota badan selain mulut berkata-kata di hadapan Allah s.w.t. tentang kezaliman ke atas mereka,aurat mereka yang tak terjaga oleh tuannya sendiri

Sahabatku,
Aku tak ingin suatu hari kelak, di hari pengadilan yakni kiamat nanti, kamu menyalahkanku kerana tidak menegurmu, memperingatimu sebagi saudara seislamku, aku pasti..pasti bahawa kamu juga akan melakukan perkara yang sama buatku.. bukankah kita ingin menuju ke syurga Allah bersama-sama, tidaklah hanya mementingkan diri sendiri..maka sahabatku, marilah sama-sama kita menutup aurat  di hadapan orang sekeliling mahupun saudara perempuan sendiri, kerana..kita sangat berharga, jangan disiakan nikmat Allah itu..sesekali jangan!

Sahabatku yang disayangi kerana Allah,
Ketahuilah kamu, setiap kali mata bertemu aurat, fikiran ini tidak menentu, hati ini tidak tenang, lebih-lebih lagi kita..sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu, akan menyebabkan kita mudah lupa akan ilmu yang dipelajari, ilmu tidak berkat, kefahaman akan berkurang hari demi hari..dek memandang aurat yang haram itu.

Tidak kasihankah kita?
Menyebabkan orang sekeliling gusar dan tidak menentu tanpa kita perasan, walaupun mulut xberkata-kata, tetapi hati mereka tetap membenci akan perbuatan yang mendedahkan aurat itu.
Malah bertambah sedih..apabila..sambil membaca buku, terlihat aurat yang melintas di depan meja belajar..sambil makan, terlihat aurat ketika menyuapkan nasi ke mulut..bahkan banyak lagi yang kita tidak sensitif

Sahabatku,
Mulai saat ini,
Fikirkanlah tentang dirimu dan orang-orang sekelilingmu kelak,
Sanggupkah kamu berbantahan dan saling menyalahkan di akhirat kelak?
Kerana tiada yang menegur akan haramnya mendedahkan aurat sesama perempuan.

Sanggupkah kamu buat diriku seperti itu?
Sanggupkah aku membiarkan dirimu begitu?

Tak sanggup sahabatku,
kerana aku menyayangimu kerana Allah

Sunday 1 July 2012

Dunia yang diTarbiyah




“ Jom”

“nak pegi mane?”

“makan, mak usrah belanja…=)”

Bermulanya hidup di bumi  Sarawak ni, ana rasa terlalu asing. Pelik. Hairan. Bukan kerana orangnya bersumpit. Bukan sebab pakaiannya hanya cawat. Ana sedar ana silap dan terpengaruh dengan kata-kata kawan dan sedara mara tentang rumusan yang diberikan tentang bumi Sarawak.

Tipulah semua tu. Mane ada orang pakai cawat kat Satok. Xde pun orang kena sumpit kat Waterfront. Datang dulu sini, baru tahu.

Ana pelik sebab ramaiiinyaaa pakai tudung labuh!

Ana hairan kenapa ada usrah kat sini???

Ingatkan kat semenanjung je ada benda2 macam tu.

Alhamdulillah, ana telah ‘dilanggar’ oleh tarbiyah bermulanya hari kedua berada di Sarawak. Time tu minggu orientasi. Kawan sebilik ana menjadi target para murabbiyah dalam mengajak kearah kebaikan. So, bila dah sebilik, ana pun terheret sama ke dunia baru.

Dunia ana telah ditarbiyyah selama lebih 2 tahun di sini. Alhamdulillah, indahnya merasai pahit manis perjalanan ini bersama2 teman seperjuangan.

Seriously, nak tekankan di sini perkara paling penting bila dah berjauhan dengan keluarga adalah pilih kawan yang baik. Dulu pun pernah buat esei BM kan, ‘faktor-faktor kejayaan dalam hidup’, mesti ada isi ‘pilih kawan yang baik’… emmm, sekarang apply kan apa yang antunna dah huraikan dalam esei 350 patah perkataan tu. Jangan tahu teori je, praktikal tu yang penting.

Yang penting tak semua masa dalam hidup kita di guna hanya untuk exam bertulis je, yang paling penting PRAKTIKAL. Praktikkan apa yang antunna dapat dalam pelajaran dan dalam usrah. Mula-mula rasa berat nak ikutkan, tapi bila ada kawan, sama2 buat, xterasa beban untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) “umat pertengahan” agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu…” (al-Baqarah, 2:143)

“berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” ( at- Taubah, 9: 41)

Ayat yang kedua ni amat terkesan dihati ana bila dihuraikan maksudnya. Kenapa perlu ‘harta dan jiwa’?... betulla, ana pun pernah merasai beratnya untuk berjihad dengan harta terutama bila ada daurah atau program2 khusus yang memerlukan sedikit yuran. Tapi ketahuilah,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu…” (2: 216)

p/s: suka tengok muslimin main bola pakai seluar bawah paras lutut.=)...kan menjaga aurat tu