Saturday 7 July 2012

surat untuk sahabat



Assalamualaikum w.b.t,

Surat ini kutitipkan khas buat sahabatku yang kusayangi kerana Allah, kerana kamu adalah saudara seislamku, seagamaku yang dianugerahkan Allah dalam hidupku.
Detik ini, aku hanyalah seorang manusia biasa, yang lemah, yang tidak mempunyai kekuatan yang teguh..kekuatan untuk menegur dirimu sekali gus mengingatkan diriku..
Aku..
Aku tak layak..
Namun..
Menjadi tanggungjawabku atas amanah Allah, membawa dirimu ke jalan yang benar, iaitu jalan yang diredhai Allah. Meskipun aku bukanlah insan yang cukup baik, yang serba kekurangan, yang ada cacat celanya di mata Allah, kugagahkan jua diriku untuk mengarang surat ini buatmu , sahabat yang kusayangi, jua sebagai peringatan untuk diriku terlebih dahulu..
Kerana..
Aku tak sanggup lagi menzalimi diriku dan dirimu..
Lebih-lebih lagi di hari pengadilan yakni kiamat nanti..

Sahabatku yang disayangi,
Sering kali kita lupa,
Sering kali kita ambil mudah tentang aurat sesama kita, sebagai wanita muslim
Sahabatku,
Kita hanya merasakan perlu untuk menjaga aurat di hadapan dan pada pandangan kaum Adam dan non-muslim sahaja, sedangkan..kita lupa..lupa sesuatu yang penting, iaitu
Aurat..aurat antara kita, sesama wanita islam..

Sahabatku,
Ingin kubicarakan di sini dari lubuk hatiku sendiri, bahkan ini merupakan teguran dari Allah buat diriku dan dirimu, kerana Dia, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sahabatku yang dicintai kerana Allah,
Aurat wanita sesama muslim adalah dari paras pusat hinggga ke paras lutut..ia perlu dijaga daripada pandangan sesama kita..haram..haram sahabatku apabila kita mendedahkan walaupun kita sesama perempuan..

Sahabatku,
Selama ini kita telah menzalimi diri masing-masing tanpa menyedarinya, melalui pemakaian kita, contoh terdekat yang kita dapat lihat ialah ketika berada di dalam rumah ataupun bilik, seluar pendek..yang menampakkan peha yang sepatutnya dilindungi..yang menjadi aurat antara kita
Pernahkah kita terfikir?
Akan zalimnya kita terhadap mata kurniaan Allah ini, memandang kepada yang tidak halal, yang Allah larang, juga zalim terhadap hati kecil ini, menambahkan lagi titik-titik hitam buatnya dek aurat yang tak terjaga itu..

Alangkah terseksanya mata kita..hati kita..peha kita..kerana mereka juga islam seperti kita,
Kita..menzalimi mereka iaitu anggota badan kita sendiri
Ya Allah, berdosanya kita terhadap mereka dan orang-orang sekeliling yang turut memandang,
Tak malukah kita? kepada manusia? Bahkan sepatutnya kepada Allah?


Sahabatku,
Maafkan diriku , kuutarakan hal ini kerana kasihku buat seorang sahabat kerana Allah,
Kerana aku takut..takut kepada Allah..apabila anggota badan selain mulut berkata-kata di hadapan Allah s.w.t. tentang kezaliman ke atas mereka,aurat mereka yang tak terjaga oleh tuannya sendiri

Sahabatku,
Aku tak ingin suatu hari kelak, di hari pengadilan yakni kiamat nanti, kamu menyalahkanku kerana tidak menegurmu, memperingatimu sebagi saudara seislamku, aku pasti..pasti bahawa kamu juga akan melakukan perkara yang sama buatku.. bukankah kita ingin menuju ke syurga Allah bersama-sama, tidaklah hanya mementingkan diri sendiri..maka sahabatku, marilah sama-sama kita menutup aurat  di hadapan orang sekeliling mahupun saudara perempuan sendiri, kerana..kita sangat berharga, jangan disiakan nikmat Allah itu..sesekali jangan!

Sahabatku yang disayangi kerana Allah,
Ketahuilah kamu, setiap kali mata bertemu aurat, fikiran ini tidak menentu, hati ini tidak tenang, lebih-lebih lagi kita..sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu, akan menyebabkan kita mudah lupa akan ilmu yang dipelajari, ilmu tidak berkat, kefahaman akan berkurang hari demi hari..dek memandang aurat yang haram itu.

Tidak kasihankah kita?
Menyebabkan orang sekeliling gusar dan tidak menentu tanpa kita perasan, walaupun mulut xberkata-kata, tetapi hati mereka tetap membenci akan perbuatan yang mendedahkan aurat itu.
Malah bertambah sedih..apabila..sambil membaca buku, terlihat aurat yang melintas di depan meja belajar..sambil makan, terlihat aurat ketika menyuapkan nasi ke mulut..bahkan banyak lagi yang kita tidak sensitif

Sahabatku,
Mulai saat ini,
Fikirkanlah tentang dirimu dan orang-orang sekelilingmu kelak,
Sanggupkah kamu berbantahan dan saling menyalahkan di akhirat kelak?
Kerana tiada yang menegur akan haramnya mendedahkan aurat sesama perempuan.

Sanggupkah kamu buat diriku seperti itu?
Sanggupkah aku membiarkan dirimu begitu?

Tak sanggup sahabatku,
kerana aku menyayangimu kerana Allah

No comments:

Post a Comment