Saturday 22 September 2012

sahabat sampai Syurga


Hari ini saya akan mulakan lembaran baru untuk menjalani kehidupan seperti biasa cuma suasana yang berbeza. Mungkin hari-hari yang akan dilewati bukan lagi bersama sahabat2 seperti hari-hari sebelum ni. Tapi kenalan baru menjadi kekuatan untuk terus berjuang di sini. Bukan bermakna saya akan melupakan sahabat saya di Sarawak sana yang telah sama-sama melayari kehidupan yang paling manis dalam sejarah hidup saya, tapi ukhuwah ini tetap akan mengalir dalam diri dan jiwa ini.

Panjang pulak madah berpuitis ni ye.=).

InsyaAllah kehidupan ini xkan dapat kita katakan sia-sia jika pengisiannya penuh dengan ilmu ALLAH. Syukur ke hadrat Illahi kerana walau sekejap, tapi dapat jgak saya merasa manisnya hubungan persahabatan bila ukhuwah itu terjalin atas nama maha Pencipta. 

Ok, sy xkan lupakan kenangan selama dua tahun kat unimasku gemilang sampai time org nyanyi lagu usm, sy duk nyanyi lagu unimas gemilang. Ni kalau dekan tahu ni, abisla.=)…

sebelum memulakan bicara kata ni, ingin saya menyusun sepuluh jari andai ada tersalah kata or terkasar bahasa. Biasalah kalu perkongsian hati mgkin akan ada sedikit calitan emosi disebalik kata2…

Bukan senang nak jadi senang kan. Sy sokong statement tu. Masa study week final exam aritu, ada jgak rase tertekan tambah2 lagi bila kena uruskan surat-surat untuk pertukaran u. boleh bayangkan camne perasaan mase tu. Niat nak dapat result terbaik tapi dalam masa same, hati ni resah… ‘buat ape nk study sungguh2 n dapat result gempak,kau kan nak tukar u lepas ni’…ya Allah, betapa lemahnya jiwa raga time tu. Tapi apa yang bermain di fikiran sy mase tu, saya nak gembirakan hati umi dan abah. Xnak mengeluh depan dorang. Keputusan umi untuk sy mencuba permohonan ni, betul2 tekad. Walaupun berat hati ni untuk poskan surat2 tu tapi bila fikirkan umi, sy bulatkan kata untuk pos jgak. Tapi dalam mase same, sy terlupa menjaga hati kawan2 terdekat. Ya Allah, rase sangat bersalah bila kawan baik meluahkan perasaannya kepada sy. Dan baru sy tahu keputusan yg sy buat tu benar2 mengguris hatinya. Tapi dalam masa sama dia terus memberi semangat kepada sy. Rase sangat bersalah masa tu. Sy hanya mampu berdoa memohon kekuatan dan diberi petunjuk untuk memilih jalan yang benar.

2 bulan berlalu, masih tiada jawapan dari pihak2 universiti pilihan. Sehinggalah seminggu selepas raya aldilfitri, sy menerima panggilan untuk hadir ke ujian munsyi. Hanya 2 pilihan tempat yang diberi, kat KL or Penang. Jauh jugak nak pgi ujian tu. Lagi2 orang baru lepas raya, konfem jalan jem dan tiket pun mahal.

Cek tiket kapal terbang ke KL…mak aih! Biar betul…rm400 pergi sahaja…

Memang xde pilihan time tu… terpaksa la book tiket yang tu walaupun mahal. Sebelum book tiket tu, banyak kali sy menelefon pihak sana untuk tukar tempat ujian di Kelantan tapi xdapat. Ok, xpela kalu xdapat. Tiket dah tempah. Berserah je. Keesokan harinya, sy dapat kol dari pihak sana, dan dengan senang hatinya dia memberitahu yang saya dapat tukar tempat ujian munsyi di Kelantan…

Ya Allah, rase cam sempit je lubang telinga ni time dengar suara kat phone. Terkejut punya pasal, sy xdapat tahan perasaan sedih time tu. Saya jelaskan kpd pemilik suara di talian yang sy dah tempah tiket ke KL dan xnak ubah tempat ujian dah. Rase nak nangis mase tu. Pemilik suara tu tetap bagitau yang sy perlu exam di Kelantan. Time tu jgakla, air mata ni sangat laju mengalir xbleh nak tahan dah. Sy terdiam sekejap. Bila nak bersuara je, tangisan jadi makin kuat. Malu eh… mula2 pemilik suara tu masih tegas dengan keputusannya tapi bila dia dapat dengar tangisan sy, suaranya jadi kalut… “cik,cik,kenapa ni? Jangan mcm ni cik….xpe2, cik tunggu sebentarnya, sy akan hubungi pihak di KL. Mungkin mereka akan consider ye cik…”

Hehe… suara operator lelaki tu putus di talian… berkesan jgk tangisan ni…

Tapi geram jgak sbb dia bagitau lambat tentang ni. Kalau bagitau awal2, xdela nak tempah tiket flight yang mahal tu. Lepas dapat kol tu, seluruh badan sy lemah, ketar n jadi lembik. Sy terus ambil wuduk dan solat dhuha. Rase lemah sangat badan time tu. Jari2 jadi sejuk dan ketar. Mungkin takut untuk jelaskan perkara ni kat family sbb dorang dah habiskan banyak wang untuk sy exam di KL. Camane perasaan mereka bila sy terpaksa cancel tiket penerbangan tu dan exam di Kelantan je.

Sy hanya mampu mendoakn yang operator tu akan memberi jawapan yang menyenangkan hati. Lama menunggu, akhirnya pemilik suara td memberitahu sy xperlu ubah tempat exam tersebut. Alhamdulillah… time tu jgk rase panas je muka bila teringat sy menangis tadi. Cepat2 ucapkan terima ksh dan letak phone. Lega hati.

Ujian tu xdela susah sgt, just soalan basic mengenai personaliti. Xpela, jauh berjalan banyak pengalaman. Alhamdulillah lepas ujian tu, sy diberitahu untuk isi maklumat peribadi di laman web usm. Dgn gembiranya sy bertanya,

“yeke, maknanya sy lulus ujian munsyi tadi?”

“oh, ujian munsyi ke tdi cik? Sebenarnya sebelum ujian ni lagi cik dah diterima masuk ke usm…”

Laaa… semangat sy dtg dari jauh untuk ujian tu, ingatkan ujian ni yang menentukan sy lulus x ke usm, rupa2nya dari awal2 dah lulus masuk usm. Emmm… kena banyak bersabar ni.

Mase tu, sy terbanyangkan kawan2 kat Sarawak, mesej demi mesej diforwardkan kepada kawan2 rapat. Macam2 reaksi yang sy dapat. Tapi yang paling sy sedih bila nak tinggalkan kawan2 asuni dan keluarga ISMA Sarawak. Ya Allah, hanya DIA yg maha tahu perasaan sy time tu. Tapi sy tahu keputusan ni banyak mengguris hati teman2 rapat.

Sebenarnya diri ni xmampu menanggung semua ni sendirian tapi mujurlah kawan2 di sana tetap menyokong keputusan ni. Walaupun kadang2 terasa lemah semangat tapi sy relakan setiap kata2 yang keluar dari kawn2 sy. Mereka terlalu baik untuk ditinggalkan. Sayang kamu semua lillahi taala…

Walaupun semua hati2 ni sedih tapi mereka xlekang memberi senyuman dan kata2 semangat. 5 hari sy di UNIMAS untuk menguruskan urusan dengan pihak pejabat dan mengemas barang2. Dalam mase 5 hari tu sy mendapat 2 biji kek yang sangat sedap.=)

Kek ni dari UPPS Kolej Perubatan....=)


kek ni dari ASUNI. sayang antunna.=D



Gembira dapat kumpul ramai2. Tapi kegembiraan tu menjemput kesedihan. Suka, suka jugak tapi mungkin ni adalah kali terakhir sy akan bersama kawan2 di Sarawak.

insyaAllah ukhuwah ni xkan terputus walaupun kita berjauhan…sayang antunna sangat2… terima kasih kerana menjadi sahabat sy yang paling baik. Sy minta maaf jika sy xdapat menjadi seorang kawan yang baik. Tapi ketahuilah perubahan yang sy bawa ni adalah dari antunna semua. Terima kasih semua… terima kasih ASUNI(akhawat asasi Unimas), sahabat nursing, 3orang teman baik di kolej perubatan(aisyah, asyqin dan natrah), sahabat medic, anak2 usrah, keluarga ISMA dan teman2 seperjuangan semua.=D all the best semua k!




No comments:

Post a Comment