Thursday 11 October 2012

ALLAH ada untukmu


Bismillahirrahmanirrahim

Jika jam loceng itu tugasnya mengejutkan lenamu, mengetuk kelopak matamu untuk dibuka…

Izinkan diriku menjadi seperti locengnya,

Mengetuk pintu hatimu untuk kejalan yang diredhai Allah, membuka matamu untuk mengenal erti ukhuwah.

Biarlah jarum jam yang meniti di setiap barisan nombor menjadi saksinya bahawa masa yang kita ada sebenarnya telah kita gunakan sebaik mungkin untuk mengenal kekasih hati yang dirindui dan dicintai, Allah 
swt

Jika mampu, diriku cuba ingin memberimu KEBAHAGIAAN. Yang pasti bukan kebahagiaan dunia, bukan juga kebahagiaan akhirat tapi kebahagiaan kedua-duanya…

Jika mampu, diriku cuba untuk memberimu KEKAYAAN. Bukan kekayaan dunia semata tapi kekayaan akhirat menjadi tumpuan…

Tidak kisah apa yang diperkatan oleh setiap lidah yang sememangnya tidak bertulang, yang pasti aku ada kamu

Jalan ke destinasi seterusnya semakin hampir, gementar hatiku, terasa lemah jantung ku, namun jangan cepat mengalah…
Selagi jarum jam berdetik, masih ada masa untuk kita

Masa untuk bersuka ria?
Masa untuk bermesra?
Masa untuk belajar?
Masa untuk melihat keindahan Allah?

Tapi yang paling utama

Masa untuk BERTAUBAT

Doaku semoga dirimu sentiasa dalam redha ALLAH walau dimana pun kita berada, setinggi mana pun ilmu duniawi, setebal mane sijilmu, ingatlah, ALLAH yang satu.

Sayang kamu kerana kasihNYA…=)

Friday 5 October 2012

Kuatkah aku?


‎"ya Allah, selamatkan kami dari kecelakaan ya Allah,lindungi kami dari kejahatan"

Pagi yang indah, damai dan dingin. terasa berat badan untuk bangun. alhamdulillah dengan izin ALLAH ana masih bernafas hingga ke saat ini. tiada jaminan sedikit pun untuk kita mengatakan kita pasti masih hidup sejam kemudian. semuanya ditangan Allah swt...

Tadi akhawat ada masak2 kat luar untuk sarapan,kitorang masak telur dlm tanah.hehe.seronok..tempat kami berkumpul agak tersorok sikit. selesa untuk akhawat2 sahaja..pas mkan ad pengisian. perut dah kenyang, bolehla khusyuk sikit dengar isi2 tazkirah yg disampaikan. 

Tiba2 je ada sekumpulan orang datang dari belakang jerit2. bertopeng. kitorang agak terkejut la. dorang marah2 kitorang,bawa kayu lagi.mula2 ana blurr sangat. pastu tiba2 rase kayu kena kat leher ana...=(..TUNDUK SMUA!!..ana nampak mereka agak kasar dengan kami semua. Ana kaku, xtahu nak lari atau jerit saje. Ana nmpak mereka sudah mengelilingi kami. Jauh di depan ana, lagaknya seperti ketua, hanya matanya yang ana nmpak tapi  suaranya lantang jelas di telinga ana, dia menjerit, 

"TARIK 3ORG GADIS TU,ROGOL DORANG!"

ya Allah, ape ni??
mase tu punye la ana takut. Ana kat bhgian tepi pastu tiba2 je rase dorang tarik ana kuat sgt... dorang tarik lengan ana rase nk tercabut, mase tu ana dah nk nangis, mata dah kabur, kawan2 ada pegang ana xnk bagi lepas.....

"ya ALLAH, jika nilah perasaan saudaraku di palestin,syria dan rohingya, selamatkanlah mereka yaAllah, selamatkan islam"


inilah sedikit prkongsian dri ana, tadi akhawt brlakon watak tentera israel n ktorg mangsa...seriusly mase dorang tarik ana n kata nak rogol, badan ana rase lemah n takut sgt2. macam2 terbayang mase tu. walaupun mereka smua akhawat tapi ana dapat rasekn takutnya berada di situasi begitu...mmg nk nagis time tu... mula2 nmpk main2 tapi mmg xleh nk gmbarkan perasaan time tu...ya ALLAH!