Thursday 11 October 2012

ALLAH ada untukmu


Bismillahirrahmanirrahim

Jika jam loceng itu tugasnya mengejutkan lenamu, mengetuk kelopak matamu untuk dibuka…

Izinkan diriku menjadi seperti locengnya,

Mengetuk pintu hatimu untuk kejalan yang diredhai Allah, membuka matamu untuk mengenal erti ukhuwah.

Biarlah jarum jam yang meniti di setiap barisan nombor menjadi saksinya bahawa masa yang kita ada sebenarnya telah kita gunakan sebaik mungkin untuk mengenal kekasih hati yang dirindui dan dicintai, Allah 
swt

Jika mampu, diriku cuba ingin memberimu KEBAHAGIAAN. Yang pasti bukan kebahagiaan dunia, bukan juga kebahagiaan akhirat tapi kebahagiaan kedua-duanya…

Jika mampu, diriku cuba untuk memberimu KEKAYAAN. Bukan kekayaan dunia semata tapi kekayaan akhirat menjadi tumpuan…

Tidak kisah apa yang diperkatan oleh setiap lidah yang sememangnya tidak bertulang, yang pasti aku ada kamu

Jalan ke destinasi seterusnya semakin hampir, gementar hatiku, terasa lemah jantung ku, namun jangan cepat mengalah…
Selagi jarum jam berdetik, masih ada masa untuk kita

Masa untuk bersuka ria?
Masa untuk bermesra?
Masa untuk belajar?
Masa untuk melihat keindahan Allah?

Tapi yang paling utama

Masa untuk BERTAUBAT

Doaku semoga dirimu sentiasa dalam redha ALLAH walau dimana pun kita berada, setinggi mana pun ilmu duniawi, setebal mane sijilmu, ingatlah, ALLAH yang satu.

Sayang kamu kerana kasihNYA…=)

No comments:

Post a Comment