Saturday 1 December 2012

Ambo banggo jadi anok kelate...


Ambo banggo jadi anok kelate…
Hidup dah 20 tahun lebih kat bumi kelate, ambo rase banggo sbb baru semale ambo dapat masuk stadium kelate. Hehe

Alhamdulillah semalam dapat juga peluang untuk ana bergambar di stadium Kelantan.



Amboii… pegi tengok bola kerr kak oi?

Ishy, bola mane ada semalam. Indon lawan Malaysia kat stadium lain..

Abis tu, nape pegi stadium kelate malam2?

Sebab ada ustaz azhar..heheh
Excited sangat sampai rase macam mimpi sebab semalam dapat dengar ceramah dari 2 orang selebriti dan 2 orang penceramah yang popular iaitu ustaz azhar idrus(UAI), amin idris(penceramah TV alhijrah), heliza AF dan meyda(pelakon Ketika Cinta Bertasbih)…

Wow!
Gandingan yang sangat mantap membicarakan tentang soal ‘bicara selebriti’.
Ceramah tersebut mula pada jam 9 malam d padang bola sepak stadium Kelantan. Ana dah gerak naik bas seawal jam 5 petang. 
Awal sangat kott. 
Tapi xpe, semua ni sebab nak dengar ceramah UAI la ni… duk round2 kat pasar malam kota bharu, sempat juga ana dan kawan pekena char kuew tiau kat gerai area situ. Best jugakla. Habis je makan, pegi masuk stadium dan bergambar untuk beberapa keping gambar sebagai kenangan kat padang yang jadi kebanggaan orang Kelantan ni. 
Tengah duk jalan2 tu, ana ternampak satu gerai yang mempamerkan gambar2 palestin dan tabung untuk warga Gaza. Apa yang menarik perhatian ana adalah, satu kain rentang yang dihamparkan d atas jalan raya. Malah, dorang suruh jalan atas kain tersebut. Ermm… dari jauh ana xnampak lagi gambar apa yang ada d kain rentang tu hingga mereka sanggup suruh orang ramai yang lalu lalang pijak kain tu. 
Bila pergi dekat, hah! Benda ni rupanya. Apalagi, ana jalan atas kain rentang tu, sambil hentak2 kaki lagi… sebenarnya tu adalah symbol Freem**on…

Dah habis ronda2, masih ada lagi 20 minit sebelum masuk waktu maghrib. Ana dan kawan pergi ke surau berdekatan untuk ambil air semayang dan solat. Waktu isyak, ana dapat merasa solat berjemaah di padang stadium Kelantan. Seronok…

Dari pkul 5 sampai pkul 9.30 menunggu, barulah nampak batang hidung ustaz azhar yang mancung tuh. Fuh, lamanye tunggu…ana duduk di barisan yang agak depan sebab nak tengok jelas muka2 penceramah tu. baru je 5 minit MC mengumumkan ketibaan 4 orang penceramah popular tu, tiba-tiba hujan turun. Agak lebat jugak. Kat tengah2 padang mane ada atap atau khemah. Xpe2, separuh baju dah basah ‘bejeruk’ tapi ana stay kat tempat duduk tu. Kalau lari, hilangla tempat yang dah lama ‘cop’ tu. Separuh dari penonton dah beralih tempat ke kerusi stadium. Tapi ana stay duduk kat padang sebab nak tengok live muka UAI. Semangat betul orang Kelantan ni, walaupun hujan masih lagi menunggu untuk denagr ceramah malam tu.

“… niat tu penting dalam nak sampaikan ilmu, bukan untuk mencari popularity…”

Itu kata-kata ustaz azhar bila ditanya mengenai rahsia kejayaan dirinya yang semakin popular sekarang. Boleh dikatakan dan mengalahkan artis kot. Betul3… bersemangat betul ana dengar kata-kata nasihat dari UAI. Heliza pandai menjawab setiap soalan yang diaju dan diselitkan juga dengan nyanyian. Best suara dia. meyda pula menarik dengan loghat indonnya.
Di awal majlis, tirai dibuka dengan hujan dan di akhir majlis juga tirai ditutup dengan hujan juga…tapi Alhamdulillah, banyak persoalan yang dijawab dengan baik dan penuh isi oleh mereka.
Badan dah mula terketar-ketar bila berada dalam bas yang pasang pendingin hawa lagi… tapi kenangan semalam xkan dilupakan. insyaALLAH jika diberi peluang lagi, ana nak sekali lagi bertemu live dengan UAI… 

No comments:

Post a Comment