Thursday 27 December 2012

Cinta buat kita berubah?





“ maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu…” (2:152)

Entry sebelum ni pun ana pernah post mengenai tanda-tanda cinta Allah kepada hambaNya… SubhanaAllah, kalau kita sedang dilamun cinta sekarang, apa perasaan yang sedang alami?... Excited, senyum sokmo =D, asyik teringat kat sidia, mesej yang sidia bagi xnak delete, mandi xbasah, makan xkenyang, tapi tidur mesti lena… Jika itu yang berlaku, adakah ia benar-benar mengubah hidup kita?

Ya. Memang benar.

Disini kita fokuskan kepada cinta selepas kahwin. Bagaimana rasenya cinta selepas kahwin ni? Ana rasa ramai akhawat2, muslimat diluar sana pasti ramai yang berkeinginan untuk kahwin kan. =). Memang perasaan cinta adalah lumrah hidup kita. Dah disebatikan dalam jiwa kita untuk merasai rasa cinta, rasa ingin dicintai dan memberi rasa cinta kepada yang disayangi. Ketika tengah dilamun cinta tu, rase-rasenya kalau suami/sidia suruh kita buat sesuatu, kita buat x? konfemla kita buat dengan begitu excited, bersungguh-sungguh buat tanpa rasa terpaksa pun. Sebab apa? Sebab kita sayangkan dia dan dia sayang kan kita. Setiap yang kita lakukan, kita mengharapkan cinta sidia akan lebih kuat untuk kita…

Subhanallah, indahnya rasa disayangi dan dicintai. Sebenarnya begitulah praktikal yang Allah mahu dari kita. Bilamana kita rasa ingin dicintai oleh Allah, Allah memberi syarat-syarat-Nya untuk kita lakukan. Allah suruh kita menjaga aurat, Allah suruh kita menjaga pergaulan… kalau kita betul2 cintakan Allah, kita mesti akan buat semua ni tanpa rasa dipaksa pun kan. Cinta Allah xakan pernah menghampakan kita. Kerana Allah juga sentiasa cinta akan hambaNya yang menjaga agama DIA dan setiap saat cinta Allah xpernah berubah. Wow! Bestnya kalau macamni… =) Hebatnya!

Antara tanda Allah cintakan kita adalah Dia xbagi kita lalai, Dia memberi kita kesolehan, Dia memberi kita kelembutan dan Dia menyukarkan kita dari melakukan maksiat.

Setiap perubahan yang berlaku pasti ada titik permulaannya dan titik permulaan ana adalah kenal ALLAH dan bersahabat dengan mereka yang juga inginkan perubahan.

Tak kenal maka xcinta? Betul ke? Ana setuju dengan statement ni. Sebab apa? Kerana jika kita betul2 kenal sifat2 Allah, kita tahu tentang tujuan hidup kita, kita kenal diri kita, pasti kita akan lebih sayang dan cinta pun lebih. Bilamana Allah cintakan hambaNya, Dia memberi kita kefahaman agama. Maknanya kalau kita dapat konsisten ikut usrah atau halaqah setiap minggu, pergi ke program-program agama, insyaAllah cinta kita pasti lebih kuat kerana kita sudah kenal dengan lebih mendalam bagaimana sebenarnya orang yang akan kita cintai ni. Betul x?


Kita kena banyakkan doa semoga cinta Allah sentiasa bersama kita dan redha Allah sentiasa mengiringi setiap perbuatan yang kita lakukan. insyaAllah… 

Mungkin beginilah hari2 kita tanpa ALLAH

p/s: kalau nak main bola tampar boleh tapi jangan becampur dengan lelaki yang bukan mahram...=)

No comments:

Post a Comment