Monday 24 December 2012

Hebatkah aku?



Tarbiyyah menuju jalan Allah sulit.

Kerana menempah syurga itu bukan semudah menguis pasir di pantai untuk mencari remis tapi ia memerlukan tenaga yang banyak. Memang harganya mahal. Tidak cukup dengan gaji berpangkat Prof, tan sri, datuk, atau lain-lain…

Tapi sulit itu mengukuhkan. Kukuh di hati kerana dengannya, iman kita bertambah. Perjalananya terlalu panjangggg… untuk hasil yang menyenangkan hati.

Pertama sekali, kita kena tajdid niat (betulkan niat) dulu sebelum melangkah ke step seterusnya.

Kenapa perlu tarbiyyah?

“ … kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” (3: 110)

Perubahan itu bukan terletak pada para murabbiyah semata tapi diri kita yang perlu cuba melangkah dari batas yang penuh dengan perkara sia-sia.

“nak berubah perlu mula dari hati, tanamkan sifat cinta pada ALLAH. Kita xkan rase penat buat kerja dakwah ni kalu kita tahu sebenarnya inilah tanggungjawab kita…”
Bergema kata-kata seorang akhawat tempoh hari.

maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya…” (91: 8)

Tapi tak ramai yang memilih jalan yang mendaki. Kerana pahala xnampak. Kalau result exam, 2 3 minggu lepas test lecturer dah tampal depan bilik dia. Jadi, kita tahu usaha kita yang sebanyak itu, gred exam setinggi/serendah itu… tapi pahala, kita xtahu. Semua itu urusan Allah. Itulah ujian kepada kita untuk melakukan ibadah bukan kerana mengharapkan pahala semata2 tapi kerana Allah suruh.

Antara tarbiyyah dan oksigen. Mana yang antunna pilih??

Hidup tanpa oksigen, jasad kita mati
Hidup tanpa tarbiyyah, jasad hidup tapi hati mati… nauzubillah

Rendahkanlah egomu.

“ kenapa nak sombong dengan ALLAH? Rendahkan egomu. Setiap masa kita perlukan Allah. Allah bagi segala kenikmatan kepada kita tapi nak buat perkara yang Allah suruh pun berkira… jangan sombong dengan Allah”

Allah xletakkan syarat orang sekolah agama je yang layak berdakwah, para ustaz atau ustazah je yang mesti sebarkan agama Allah. Cuba kita renungkan, xsemua yang warak/alim tu sejak lahir dah di didik seperti itu. Tapi kebanyakan mereka lahir dalam kalangan orang yang masih melakukan perkara jahiliah.

Mereka berubah… ya! Mereka berubah
Dengan izin Allah… 

Berusahalah mencari hidayah Allah. Bukan kerana hidayah belum sampai tapi kerana kita yang tidak mengeluarkan sedikit tenaga zahir dan batin untuk mencarinya…

Ubat hatimu dengan…
1)      Bace quran dan tafsinya
2)      Solat malam-kuatkan hati
3)      Bersamalah dengan orang yang soleh/ah
4)      Berpuasa- menahan nafsu
5)      Berzikir- pulihkan hati

No comments:

Post a Comment