Saturday, 7 July 2012

Kursus Pra-perkahwinan


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dah siap design untuk kursus pra-perkahwinan yang bakal di jalankan di Fakulti Perubatan UNIMAS tidak lama lagi. Syukran kepada sahabat ana yang telah mengerah keringat mencipta design button badge ni yang sangat cantik warnanya, semerah hati, sesuai bagi mereka yang bakal melangkah ke jinjang pelamin nanti. InsyaAllah.

Kursus ini khas untuk senior-senior di fakulti perubatan yang bakal menghabiskan tahun pengajian mereka dan sudah bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Junior tunggu dulu, bagi peluang kat akak2 dan abang2 dulu ye.=)

objektif kursus ini adalah:

  • Mendedahkan para penuntut Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS tentang  dunia  perkahwinan agar lebih memahami tuntutan syariat dan pergaulan yang dibenarkan dalam Islam.
  • Memberi pendedahan dan kefahaman tentang persediaan kehidupan berumahtangga dan cara menguruskannya serta panduan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah keluarga.
  • Melahirkan pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS yang lebih berpengetahuan dan bersedia untuk mengikuti tuntutan sebenar agama terutama daripada segi batas pergaulan sebelum berkahwin.
  • Untuk memberi penekanan bahawa agama Islam adalah agama yang mementingkan kesucian dalam semua hal dengan menetapkan hukum-hukum dalam pergaulan.
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar bukan Islam tentang pentingnya setiap orang beragama Islam mengikuti kursus pra-perkahwinan sebelum menuju ke alam perkahwinan sebagai persediaan dan memelihara hubungan yang suci.
  • Kursus ini juga dapat menyatukan pelbagai kaum dan agama dalam menambahkan ilmu pengetahuan tentang indahnya agama Islam yang menggalakan dan memelihara hubungan sebelum perkahwinan dan memelihara zuriat pada masa akan datang.



Ana harap semoga semuanya berjalan dengan lancar. Memandangkan ini adalah kursus kahwin yang pertama diadakan di fakulti ini, diharapkan semuanya dipermudahkan segala urusan dan mendapat keredhaan ALLAH. aminn...


2 comments:

  1. Replies
    1. salam,sy mohon maaf sgt2 lambat balas msj ni.kursus baru sahaja berlangsung pd 29-30september lepas.maaf sgt ye

      Delete